Nostalgia iklan raya Habib

Wednesday, June 13, 2018

Nostalgia iklan raya Habib

Nostalgia iklan raya Habib

JENAMA barangan kemas terkenal, Habib, tampil dengan kelainan dengan mengembalikan semula nolstagia sejarah rekaan Habib dalam iklan komersilnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.  

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Meer Sadiq Habib berkata, bersempena kempen Rantaian Kasih, Habib memaparkan ketelusan dan keikhlasan hubungan silatulrahim sesama saudara mara, sahabat serta masyarakat dalam iklan yang meruntun emosi, bertajuk ‘Dalam Hati Opah’.

Menurutnya, iklan komersil ini melambangkan sejarah dua rekaan cincin yang ikonik, iaitu cincin kapal terbang dan cincin buah kana yang begitu popular satu masa duhulu.

“Iklan selama empat minit ini menceritakan kisah seorang Opah yang berusaha sedaya upaya untuk menjaga cucu kecilnya, Amir.

“Dan cincin kapal terbang merupakan salah satu fokus iklan ini yang melambangkan sejarah rekaan Habib, juga sempena sambutan ulang tahun Habib ke-60 tahun.

“Dengan skrip yang ditulis oleh Ismail Kamarul dari Reservoir Production serta karakter yang berbakat, iklan ini diharap dapat menggamit emosi tentang hubungan sesama keluarga,” katanya.

Justeru, beliau berharap musim perayaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita dan merapatkan rantaian kasih yang tersemai sekian lama.

Sempena sambutan perayaan Aidilfitri kali ini juga, Habib telah melancarkan koleksi terbarunya, iaitu Koleksi Warisan yang direka khas oleh pereka barang kemas Habib.

Koleksi menawan ini hasil inspirasi elemen warisan Malaysia yang dikongsi bersama daripada seni reka tradisi Melayu kepada buah cermai dan juga juadah kegemaran Malaysia, iaitu kuih kapit.

“Koleksi ini digubah daripada emas kuning, emas ros serta emas putih 18K, dihiasi berlian dan batu permata dalam bentuk cincin, gelang tangan serta rantai leher,” katanya.  

Koleksi raya Habib ini boleh didapati di kesemua 30 bilik pameran Habib di seluruh negara dari 16 Mei hingga 14 jun 2018.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment