Penasihat MB bukan bersifat eksekutif

Wednesday, June 13, 2018

Penasihat MB bukan bersifat eksekutif

Penasihat MB bukan bersifat eksekutif

IPOH - Isu pelantikan penasihat Menteri Besar Perak dianggap selesai apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjadi pihak terawal mencetuskan protes itu menyatakan ikrar tidak lagi mempersoalkan perkara sama.

Ketua Penerangan PKR, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, menerusi pertemuan bersama Menteri Besar, semalam empat wakil NGO itu sepakat untuk beri sokongan penuh kepada Pakatan Harapan melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan.

“Mereka sudah jelas akan senario yang berlaku dan kita anggap perkara ini telah selesai,” katanya.

Terdahulu, Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin diumum sebagai penasihat Menteri Besar yang baharu.

Pelantikan bekas wakil rakyat BN itu dibuat selepas mendapat persetujuan empat pengerusi Pakatan Harapan Perak dan perkenan Sultan Perak.

Siti Aishah berkata, antara faktor penerimaan itu adalah kedudukan sebenar penasihat menteri besar yang lantikannya bukan bersifat eksekutif meskipun bertaraf Exco.

Katanya, dengan kedudukan itu, penasihat tidak punya tanggungjawab bercakap soal dasar bagi pihak kerajaan negeri, namun selaku ahli politik, pastilah hal-hal politik antara perkara yang disentuh berdasarkan pengalamannya.

“Sebagai lantikan bertaraf Exco, beliau menerima kemudahan kenderaan, pemandu, pejabat juga pegawai di pejabat.

“Lantikan penasihat ini dapat memanfaatkan pengalamannya sebagai Adun untuk mengukuhkan perjalanan pentadbiran negeri,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment