Dividen yang diumumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu dibayar kepada peserta bermula hari ini.
Ismail Sabri berkata, jumlah agihan dividen kali ini menunjukkan peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan agihan sebanyak RM249.5 juta.
“Peningkatan ini adalah disebabkan amalan pengurusan yang baik yang mana produktiviti ladang meningkat 16 peratus kepada 17 tan metrik sehektar berbanding 15 tan metrik sehektar pada 2016.
“Ini disokong pula dengan peningkatan empat peratus purata harga sawit kepada RM548 setan metrik berbanding RM529 setan metrik pada 2016,”katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan keuntungan boleh agih 2017 peserta-peserta Felcra Berhad di Dewan Rakan Muda Bera di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Fadil Osman; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Zulkarnain Md Eusope.- UTUSAN ONLINE
sumber: utusan
0 comments:
Post a Comment