Semua calon Pas Besut tepati ramalan
BESUT - Tiga daripada lima calon Pas yang bertanding dalam PRU14 nanti di Parlimen Besut merupakan muka baru dari latar pelbagai latar belakang.
Mereka ialah calon N01 Dun Kuala Besut, Azbi Sallah merupakan ahli perniagaan dengan memiliki kedai emas di Kota Bharu, Kelantan.
Azbi yang berkelulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Sekolah Menengah Agama Nurul Ittifaq tahun 1984 juga merupakan Bendahari Pas Kawasan Besut.
Pas turut mempertaruhkan muka baru di kerusi N02 Dun Kota Putera iaitu seorang ahli perniagaan, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.
Setiausaha Lajnah Pemerkasaan Pas Pusat itu berkelulusan Ijazah Sarjan Muda Elektrik Kuasa, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tahun 1999.
Seorang lagi muka baru bertanding di Parlimen Besut ialah bagi kerusi N04 Dun Hulu Besut, Mat Daik Mohamad berasal dari Kampung Keruak, Hulu Besut.
Mat Daik yang merupakan Ketua Lajnah Tarbiyah Pas Kawasan Besut mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pondok Ajiyad Mekah tahun 1994 hingga 1999.
Beliau kini adalah mudir Pondok Perkampungan Ubudiyyah, Kampung Pasir Akar, Hulu Besut.
Manakala dua lagi muka lama yang pernah bertanding pada PRU13 bagi kerusi P033 Parlimen Besut, Dr Riduan Mohamad Nor yang kini menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Wan Azhar Wan Ahmad kekal bertanding di kerusi NO3 Dun Jertih dalam pilihan kali ini.
Kesemua mereka diumumkan dalam Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU14 di Rusila, Marang malam tadi.
Kesemua calon yang terpilih itu menepati ramalan calon Parlimen Besut oleh Sinar Harian semalam yang bakal terpilih sebelum pengisytiharan calon dibuat pada sebelah malamnya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment