Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas kereta api Mesir

Thursday, March 1, 2018

Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas kereta api Mesir

Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas kereta api Mesir

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam perlanggaran kereta api berhampiran stesen Kom Hamada di wilayah Beheira, Mesir, kelmarin.

Dalam kejadian berkenaan, kereta api penumpang dilaporkan berlanggar dengan kereta api barang yang mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang manakala 51 mangsa tercedera.

Wisma Putra, dalam satu kenyataan, memaklumkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir di talian +20237610013, +2012 00276388 atau emel mwcairo@kln.gov.my.

"Kerajaan Malaysia turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa yang terbabit," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment