Pembangkang sengaja politikkan isu Taman Ilmu
KUALA TERENGGANU - Pembangkang dilihat sengaja berlagak hero, sedangkan mempunyai agenda tertentu dengan mempolitikkan isu Taman Ilmu di Tembila, Besut.
Setiausaha Umno negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, Taman Ilmu sedang rancak dibangunkan, malangnya ia cuba dipolitikkan menjelang PRU14.
âPembangkang cuba masuk kawasan larangan (Taman Ilmu). Dalam hal ini, saya serahkan kepada pihak kerajaan untuk memastikan kawasan larangan ini tidak dicerobohi.
âKalau mereka ingin mendapatkan maklumat tepat, mereka tidak perlu ceroboh, boleh berjumpa dengan pihak kerajaan dan dapatkan apa maklumat yang diperlukan. Tidak perlu ceroboh tempat yang dilarang.
âKalau tidak, mereka masuk tanpa kebenaran. Ada apa yang mereka lihat? Ada apa yang mereka pandang? Mungkin persepsi mereka berbeza dengan keadaan sebenar dan seterusnya fakta yang dikeluarkan kepada masyarakat adalah fakta yang salah. Negara kita mempunyai undang-undang dan perlembagaan,â katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penganjuran konvoi ke Taman Ilmu di Tembila, Besut oleh Pemuda Pas Terengganu selepas solat Jumaat tadi.
Ketua Pemuda Pas Besut, Wan Asriazwa Wan Husin sebelum ini berkata, program itu akan diteruskan sebagaimana yang dirancang, bagi membawa rakyat melihat projek kerajaan BN yang bermasalah.
Sementara itu, jelas Pehimi, Taman Ilmu kini sedang rancak dibangunkan dan rakyat negeri ini akan mendapat berita gembira berkaitnya dalam masa terdekat.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment