Tujuh hari, itulah waktu yang diberikan oleh penyanyi Aishah kepada Datuk Seri Vida berkaitan isu hadiah barang kemas didakwa palsu selain permohonan maaf. Aishah melalui pegumanya menyatakan bahawa Vida perlu bertanggungjawab terhadap hadiah yang diberikan selepas Aishah menjuarai Gegar Vaganza musim lalu.

BACA: DSV Mahu Kejuaraan Aishah Ditarik Balik, Tak Layak Menang


“Kami sudah menghantar satu surat tuntutan bermula hari ini. Menerusi surat tersebut terdapat dua tuntutan iaitu seutas rantai berlian asli dengan nilai setara RM80,000 seperti dihebohkan”


“Manakala tuntutan kedua satu permohonan maaf terbuka atas representasi yang salah yang telah dibuat berkenaan rantai berlian tersebut,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, Aishah turut menjelaskan mengapa dia menolak jemputan ke Gegar Vaganza untuk minggu kedua kerana merasakan lokasi sedemikian bukanlah tempat yang sesuai untuk memperkatakan isu tersebut.



“Saya dapat jemputan rasmi untuk hadir pada minggu ini GV5 tapi saya tidak akan hadir berikutan pentas nyanyian bukan tempat yang sesuai untuk selesaikan isu itu.

“Mungkin penaja baru iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menganggap perkara itu kecil dan saya anggap ia seperti memperlekehkan isu ini sahaja. Ia hanya berkaitan ‘rating’ sahaja, perkara itu tidak boleh selesai dalam tempoh dua tiga minit siaran langsung itu,” katanya.

Apa yang pasti, tindakan Aishah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pihak penaja dan badan penyiaran agar tidak terus membuli artis untuk kepentingan merekea semata-mata.

“Kalau saya tidak bercakap dan menuntut keadilan ini sampai bila artis ingin ditipu dan dibuli? Ramai yang melalui perkara sama tapi hanya berdiam diri,” katanya. (rtky/s)