Nidzam kembali latih Lang Merah

Wednesday, March 28, 2018

Nidzam kembali latih Lang Merah

Nidzam kembali latih Lang Merah

RAMON Marcote dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pembangunan Bolasepak Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) selepas pihak pengurusan tertinggi melakukan beberapa perubahan dalam sistem kejurulatihan skuad Lang Merah.

Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Yusdi Madeonus Datuk Mohd Yunus berkata, jawatan Ketua Jurulatih skuad Liga Super Kedah akan dipangku Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nidzam Adzha Yusof buat sementara waktu.

“Marcote akan bertanggungjawab memantau projek pembangunan sedia ada dan merangka persediaan skuad hijau kuning bagi jangka masa panjang melalui peranan baru beliau dalam KFA.

“Keputusan ini diambil memandangkan pihak pengurusan mendapati melalui maklum balas teknikal dari semua pihak mengenai kelebihan pengalaman dan tahap kelulusan beliau dalam bidang sains sukan serta kejurulatihan bola sepak yang boleh dimanfaatkan semua pemain dan jurulatih di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, antara sasaran jangka pendek buat jurulatih itu adalah melihat kembali struktur kejurulatihan semua pasukan di bawah kendalian KFA dan merangka program latihan buat jurulatih tempatan.

Yusdi berkata, satu perbincangan diadakan antara Marcote serta pengurusan dan peranan besar ini telah diperhalusi demi kemajuan bola sepak di Kedah.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment