PBB desak bantuan kemanusiaan dihantar ke Syria
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin meminta konvoi bantuan untuk dibenarkan masuk ke wilayah Ghouta Timur yang dikepung di Syria.
Katanya, bantuan kemanusiaan perlu dihantar segera memandangkan ribuan penduduk di wilayah itu kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
"Serangan udara dan darat di Ghuota Timur semakin giat dilancarkan tentera kerajaan meskipun gencatan senjata telah diumumkan dua minggu lalu.
"Situasi itu menyebabkan ratusan orang maut setiap hari," katanya.
Sementara itu, kira-kira 1,000 penduduk kebanyakannya wanita dan kanak-kanak perlu dipindahkan segera dari Ghouta Timur bagi tujuan perubatan.
Sejak 18 Februari lalu, tentera Syria melancarkan serangan besar-besaran ke atas pembangkang di Ghouta Timur, kubu terakhir puak penentang di pinggir Damsyik. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment