Nabil Ahmad Pengacara Lelaki Paling Mahal?
Sering mengacarakn acara-acara besar, Nabil Ahmad menafikan dakwaan mengatakan beliau merupakan pengacara termahal di Malaysia. Bagi Nabil, soal harga bayaran bergantung kepada keadaan dan ianya boleh dibawa berbincang.
BACA: Nabil Ahmad: Tiada Istilah Diva, Jangan Nak Poyo
âNak cakap harga saya mahal, tak juga sebab saya selalu mendapat tawaran daripada penganjur yang sama, mereka ârepeat orderâ dan semuanya bergantung menerusi sesi perbincangan dengan pelanggan”
âBagi saya, skil perhubungan awam serta hubungan baik dengan penganjur harus saya pentingkan berbanding meletakkan harga mahal. Jika acara itu melibatkan organisasi besar, takkan saya mahu meletakkan harga murah pula?”
“Secara peribadi, soal meletakkan harga, semuanya mengikut keadaan dan boleh dibawa berbincang,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai dakwaan mengatakan beliau antara pengara termahal.
Tambah Nabil, beliau selalu mengingatkan dirinya untuk merendah diri dengan kedudukan yang dikecapinya kini kerana segalanya bermula dari bawah. Malah Nabil juga berkongsi pengalaman pernah mengacarakan majlis tanpa ada bayaran di sebuah stesen minyak di kampungnya.
Bukan senang untuk berjaya tapi tidak mustahil, apa yang penting adalah usaha dan percaya pada diri. Tahniah Nabil yang semakin sukses, semoga pengalaman beliau memberi inspirasi kepada mereka yang masih belum berjaya. (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment