Pakai Baju Sama, Netizen Dakwa Neelofa Tiru Fazura?
Sejak semalam kecoh di media sosial apabila pelakon dan pengacara Neelofa memakai busana yang diidamkan oleh pelakon Nur Fazura ketika diperagakan di KLFW 2018 baru-baru ini.
Sebelum ini menerusi Insta Stories, Fazura ada memuat naik gambar busana tersebut dan berhasrat untuk memilikinya. Kemudian, Neelofa dilihat memakai busana itu ketika mengacarakan program MeleTOP semalam.
BACA:Â Gimik âLangkah Orangâ, Fazura Dikecam Tiada Adab?
Isu tersebut menjadi bualan hangat di media sosial dimana rata-rata netizen mengatakan ianya bukanlah satu kebetulan tetapi Neelofa seolah sengaja memakai baju yang sama untuk mendapatkan perhatian.
Ada juga netizen mengatakan Neelofa sengaja mahu ‘mencaras’ Fazura dan ‘try hard’ untuk meniru gaya isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.
Bagaimanapun, Fazura sebenarnya telah menggayakan busana itu terlebih dahulu dan rata-rata mereka memuji Fazura kelihatan lebih menawan daripada Neelofa.
Apa pun mungkin benar ianya hanya sekadar kebetulan mereka memakai busana yang sama. Lagi pun, baju tersebut tidak pernah dinyatakan ianya direka khas untuk seorang selebriti sahaja.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment