Parlimen: 'Nak menanah telinga dibuatnya'

Monday, March 12, 2018

Parlimen: 'Nak menanah telinga dibuatnya'

Parlimen: 'Nak menanah telinga dibuatnya'

KUALA LUMPUR: "Gegendang telinga saya nak pecah dengar persepsi pembangkang selama empat tahun setengah duduk Parlimen."

Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) meluahkan kekecewaan itu terhadap sikap pembangkang yang berterusan membangkitkan persepsi pelbagai isu terutama topik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Sudah empat tahun lebih saya duduk dalam Parlimen, sebelah sana (pembangkang) asyik bawa persepsi.

"Saya tahan saja telinga. Bila bawa persepsi, saya diam atau kalau tidak boleh tahan, saya keluar dewan.

"Saya rasa dah hampir pecah gegendang telinga setiap kali dengar hujah pihak sana. Dua perkara saja yang wakil rakyat sana (hujah) tetapi itu semua persepsi. Cerita 1MDB dan GST. Sekarang cakap pasal FELDA pula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Rahman turut menyindir wakil rakyat pembangkang terutama di Selangor yang mana rakyat negeri itu dan Lembah Klang berdepan masalah ketiadaan air.

"Ketika kawasan saya menghadapi masalah bekalan air, ada wakil rakyat dari Selangor turun dan berceramah mengenai masalah berkenaan.

"Itu yang saya pesan kepada seorang wakil rakyat yang datang kawasan saya bercakap hampir dua jam soal air di Lipis, sekarang saya nak kata 'padan muka' dia pula apabila air tiada di tempat dia," katanya.

Abdul Rahman turut menyatakan rasa meluat dengan sikap wakil rakyat pembangkang yang dianggap tidak boleh ditegur apabila ada isu menyentuh kelemahan mereka seperti gangguan bekalan air di Selangor ketika ini.

"Apabila 'jolok' saja sebelah sana, tak boleh tahan. Kadang-kadang kita 'berperang' dan pagi tadi kita 'berperang besar," katanya merujuk kepada pertikaman lidah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung isu gangguan bekalan air.

Abdul Rahman turut kecewa dengan kerajaan Selangor pimpinan Mohamed Azmin yang didakwa gagal menguruskan isu bekalan air dengan cekap, menyebabkan penduduk Lembah Klang termasuk kediaman beliau di Kuala Lumpur terputus bekalan air.

"Isu bekalan air di Lipis sudah selesai, tetapi malangnya apabila menjejaki Kuala Lumpur untuk mengikuti sidang Dewan Rakyat kali ini, rumah saya juga tidak ada air. Saya turut mengangkut air.

"Saya berdoa hari ini selepas persidangan Dewan Rakyat, rumah saya ada air, Insya-Allah. Rabu lalu saya terpaksa mengangkut air, tidaklah sampai tidak mandi sebab saya beli air botol dan air yang dijual di kondominium tempat saya tinggal.

"Saya terpaksa angkut air menggunakan. Saya sedih tengok dalam televisyen penduduk di Selangor berbaris panjang angkut air khususnya di pangsapuri seolah-olah balik ke zaman dulu terpaksa angkut air dari perigi," katanya.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment