'Islamic State' tidak diguna pakai dalam manifesto
KUALA LUMPUR - Pas menegaskan terma âIslamic Stateâ atau Negara Islam tidak diguna pakai di dalam pembentukan Manifesto Gagasan Sejahtera, namun usaha ke arah mewujudkan sebuah negara berlandaskan konsep Islam adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan parti Islam itu.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Manifesto Gagasan Sejahtera menjurus ke arah sebuah negara sejahtera berteraskan konsep pentadbiran Islam yang mewujudkan sebuah masyarakat pelbagai budaya, mampu hidup secara aman dan harmoni.
âTerminologi itu (Islamic State) memang tidak digunakan langsung di dalam manifesto kita, tetapi usaha itu adalah selaras dengan peruntukan disebut dalam perlembagaan Pas sendiri iaitu mewujudkan sebuah masyarakat di dalamnya terdapat masyarakat pelbagai budaya hidup harmoni, aman, mematuhi perintah Tuhan dan sebagainya.
âItu adalah secara umum, bukan spesifik disebut dalam manifesto. Lagipun kita semua maklum, Pas adalah sebuah parti berjuang melaksanakan cita-citanya berteraskan perlembagaan Pas dan perlembagaan negara itu sendiri," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Gagasan Sejahtera mahu menampilkan Islam sebagai penyelesai kepada masalah dihadapi negara masa kini termasuk aspek ekonomi dan sosial.
Menurutnya, sebelum ini persepsi dimainkan pihak media dan lawan politik Pas serta Gagasan Sejahtera seolah-olah mahu menunjukkan Islam itu bersifat menghukum sahaja, walhal Islam adalah penyelesaian kepada masalah negara.
Selain itu katanya, pihaknya tidak menolak Manifesto Gagasan Sejahtera juga akan turut memberikan tumpuan kepada penambahbaikan hukum syarak dan proses penguatkuasaan beberapa akta di dalam negara.
âBerkaitan hukum syarak, apa yang jelas kita mahu memperbetulkan. Mahkamah syariah yang ada pada hari ini tidak menepati kehendak syarak, tidak betul.
âJadi polisi kita adalah mahu membetulkan, bahkan sebenarnya bukan hukum syarak sahaja, beberapa akta yang ada sekarang ini dari segi undang-undang kita nampak ada kelemahan, khususnya dalam konteks penguatkuasaan undang-undang tersebut.
âAntaranya termasuklah Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak, Akta Universiti dan sebagainya. Jadi, kalau kita boleh perbaiki penguatkuasaannya tanpa kita perlu mengubah akta baharu, kita yakin negara kita akan lebih sejahtera sebenarnya berbanding hari ini,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment