BN Selangor tandus pemimpin wibawa
PUTRAJAYA - BN Selangor ketandusan pemimpin berwibawa untuk memimpin negeri ini jika menang PRU14 kerana terpaksa membawa masuk Menteri Kewangan ll, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai calon Menteri Besar.
Spekulasi yang mengaitkan nama Ahli Parlimen Titiwangsa tersebut sebagai calon Menteri Besar Selangor mula kedengaran sejak awal Mac lalu.
Ketua Pemuda Bersatu Selangor, Adhif Syan Abdullah berkata, hubungan rapat antara Johari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menjadi faktor pencalonan tersebut untuk meneruskan karier politik beliau.
âKemenangan Johari di Parlimen Titiwangsa hanya majoriti 866 undi.
âAdakah pemimpin BN Selangor seperti Tan Sri Noh Omar dan Datuk Seri Jamal Md Yunos merelakan pencalonan ini?â katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Rasuah Malaysia Putrajaya.
Sebelum itu, Pemuda Bersatu Selangor hadir menyerahkan dokumen didakwa mengenai salah laku antara seorang menteri dan pemimpin tertinggi kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan dua projek mega di Pulau Pinang.
Dokumen berkenaan diserahkan bagi mendesak SPRM untuk melakukan siasatan mengenai kes tersebut.
Adhif Syan mendakwa, satu pertemuan sulit antara menteri berkenaan dengan pemimpin tertinggi kerajaan negeri Pulau Pinang telah diadakan.
#prusinar #aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment