Bukit Aman patahkan cubaan hidupkan mesin judi

Friday, March 2, 2018

Bukit Aman patahkan cubaan hidupkan mesin judi

Bukit Aman patahkan cubaan hidupkan mesin judi

KUALA LUMPUR: Sindiket perjudian dikesan cuba menghidupkan kembali aktiviti mereka dengan beroperasi di sebalik lesen atau permit Pusat Hiburan Keluarga (PHK) yang lazimnya untuk permainan kanak-kanak.

Ini terbukti apabila Unit Pencegahan Perjudian (D7A, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, semalam, menyerbu sebuah premis di D Pandan Avenue, Taman Pandan Mesra, Ampang, yang menjalankan kegiatan perjudian mesin simulator meja serta simulator kotak.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya sudah menjalankan pemantauan dan risikan mengenai cubaan menghidupkan kembali aktiviti perjudian.

"Dalam serbuan semalam, pihak D7A Bukit Aman, dibantu Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, menahan tiga wanita warga Indonesia dan seorang lelaki warga Bangladesh bertindak sebagai penjaga di premis berkenaan.

"Selain itu, lima lelaki warga dan seorang wanita warga Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang juga dipercayai adalah pemain mesin berkenaan ditahan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, pemilik premis didapati mempamerkan lesen PHK yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), namun sebaliknya mereka menjalankan kegiatan berbentuk perjudian.

"Secara amnya, premis PHK harus beroperasi di dalam pusat beli-belah kerana menyediakan mesin permainan berbentuk rekreasi dan interaktif untuk kanak-kanak dan remaja, namun dalam premis ini pintunya dikunci dan berada dalam keadaan mencurigakan.

"Jadi saya tidak nafikan kemungkinan ini adalah salah satu cubaan dari sindiket perjudian di seluruh negara untuk membuka semula aktiviti judi mesin," katanya.

Rohaimi berkata pihaknya turut mengenal pasti usaha sindiket berkenaan yang kini berusaha menjadikan kawasan komersial dan kediaman di Selangor, khususnya bagi membuka semula premis mesin judi.

Tinjauan di premis berkenaan semasa operasi sama mendapati pemiliknya menampal poster menyatakan tiada wang tunai dibayar kepada pemenang mesin hadiah bagi mengaburi pihak berkuasa dan polis.

Namun hakikatnya berbeza apabila polis merampas sembilan cip tambah nilai serta 20 keping kad mata dan wang tunai RM454 dipercayai untuk pembayaran tunai kepada pemenang mesin permainan itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment