1 maut, 3 rakan parah

Monday, March 12, 2018

1 maut, 3 rakan parah

1 maut, 3 rakan parah

MARANG: Seorang juruukur maut, manakala dua rakannya parah selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 36 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Serating di sini, petang tadi.

Lokman Al Hakim Wahab, 36, yang parah di kepala dan anggota badan, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 3 petang itu.

Mangsa yang berasal dari Marang bersama dua sahabatnya berusia 30-an dalam perjalanan pulang selepas melakukan kerja mengukur tanah di Dungun.

Setibanya di tempat kejadian, sebuah PERODUA Bezza dari arah Marang menghala Dungun, dipercayai hilang kawalan, lalu terbabas dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.


Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 36, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Serating, petang tadi. - Foto Rosli Ilham

Pertembungan itu menyebabkan Lokman dan dua rakannya serta pemandu PERODUA Bezza tersepit di tempat duduk masing-masing.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Tiga mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

Mayat Lokman dibawa ke Unit Forensik HSNZ.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment