Janji Harapan tiada sebarang perincian
KUANTAN - Manifesto Pakatan Harapan (Harapan) adalah populasi dan dibuat secara tergesa-gesa untuk mempengaruhi rakyat pada PRU14.
Bekas Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman berkata, tindakan parti gabungan blok pembangkang yang mahu memperkenalkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disifatkan terkeluar daripada definisi tabung persaraan itu.
Menurutnya, KWSP adalah sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) bagi menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.
âJika suri rumah, siapa pula majikan mereka? Jika hendak dilaksanakan perkara ini bukan mudah dan perlu ada peruntukan atau undang-undang untuk melaksanakannya.
âJadi, janji ini, terlalu umum dan dibuat secara tergesa-gesa. Ia dilakukan demi meraih rakyat pada PRU14,â katanya ketika pada Program Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Paya Besar di pasar raya Tunas Manja Group (TMG) Tunas Mart di Batu 12, hari ini.
Yang hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah.
Siti Zaharah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Paya Besar berkata, janji yang dibuat Harapan itu sekadar indah khabar dari rupa, namun tiada perincian dinyatakan oleh pakatan berkenaan.
âJanji ini tidak meliputi semua wanita. Bagaimana jika wanita itu tidak berkahwin, janda dan yang merupakan ibu tunggal?.
âSebagai contoh, kita memerlukan sesuatu yang berkonsepkan permodalan dan pelaburan untuk wanita yang lebih menyeluruh dan konsep ini telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan BN,â katanya.
#prusinar #aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment