Wang dikembalikan segera, jika tercatat GST pada resit
SHAH ALAM - Pelanggan Pasaraya Mydin diharapkan bersabar sekiranya berdepan dengan masalah harga cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang masih dikenakan kepada pelanggan hari ini.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin menganggap masalah itu disebabkan sistem, termasuk isu âtimingâ (masa), namun pelanggan dinasihatkan untuk terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan memaklumkan masalah mereka sebelum wang pelanggan dikembalikan serta-merta.
Menurutnya, pelanggan diharapkan tidak panik dengan keadaan itu kerana pihaknya segera memulangkan semula wang berkenaan sekiranya tercatat dalam resit pembelian.
âSaya percaya apabila langkah menetapkan GST pada kadar sifar bermula, sebenarnya menggalakkan lagi pelanggan menyerbu premis kita menikmati harga yang terbaik.
âLebih menarik, terdapat pelanggan yang telah menunggu lebih awal di pintu masuk sebelum pasaraya dibuka bagi menikmati GST dengan kadar sifar peratus,â katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, beberapa cawangan pusat jualan di seluruh negara menunjukkan pertambahan bilangan pelanggan sehingga jam 12 tengah hari tadi.
Katanya, beliau teruja dengan sambutan diterima daripada orang ramai yang menyambut baik usaha kerajaan dalam menetapkan GST sifar peratus.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment