Fasha Sandha, Nora Danish Akhirnya Berdamai
Setelah sekian lama bersengketa, Fasha Sandha akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai dengan Nora Danish. Keputusan itu dibuat demi hubungan anak-anak mereka yang yang bersaudara dan sangat rapat.
BACA: Konflik Fasha Sandha, Nora Danish Bakal Selesai
“Ini adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Isu antara kami berlarutan terlalu lama. Justeru jalan terbaik ialah berdamai dan hidup dalam harmoni. Ia sebab kekeluargaan memandangkan anak sulung Nora adalah abang kandung kepada kedua-dua anak saya”
“Hubungan anak-anak itu juga sangat rapat. Jadi, bila fikir balik, sampai bila kami nak bermusuh terlalu lama. Not good for kids to see mothers having problem. Saya rasa, perdamaian ialah jalan terbaik.
Sebelum ini pelbagai spekulasi tersetus apabila Nora dan bekas suami, Jejai bercerai dan tidak lama selepas itu menikahi Fasha. Pun begitu rumah tangga Fasha juga tidak bertahan lama. Sejak itu hubungan Fasha dan Nora agak tegang.
Bagaimanapun kemuncak perselisihan faham diantara mereka tercetus apabila Fasha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017 kononnya atas arahan Nora.
Mengimbas kembali perkara lalu, sempena bulan Ramadhan, Fasha memohon maaf diatas kesilapan beliau memuat naik status yang mengguris hati Nora. Tempoh hari, Nora juga menyatakan untuk berdamai. Alhamdulillah! (rtky/w)
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment