Umno baharu mesti berani, terbuka

Wednesday, June 27, 2018

Umno baharu mesti berani, terbuka

Umno baharu mesti berani, terbuka

JOHOR BAHRU - Umno perlu mengangkat nilai keberanian sebagai formula terbaik sekiranya mahu pengukuhan parti tersebut dibuat dengan lebih berkesan.

Calon Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pucuk pimpinan baharu mesti  berani menerima pandangan dan memberi teguran secara terbuka.

Menurutnya, perkara itu juga perlu bagi menyingkirikan golongan ‘yes man’ yang dilihat semakin menular dalam pentadbiran parti.

“Mutakhir ini perkembangan parti lebih dipengaruhi oleh 'yes man' dan di sebabkan itu kita tidak dapat lihat atau ketengahkan keterbukaan dalam kepimpinan

“Kita seharusnya meraikan kepelbagaian pendapat dan ada keberanian untuk mengemukakan pandangan atau menerima cadangan,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, faktor 'yes man' ini menyebabkan parti tidak dapat melihat atau mengetengahkan keterbukaan dalam kepimpinan.

Dalam pada itu, Hasni berkata, Johor yang juga kubu kuat BN sejak sekian lama tidak seharusnya kecundang pada PRU14 lalu.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlaku kesan daripada kisah dalaman parti.   

Justeru itu, Hasni berkata, beliau kembali pada pemilihan kali ini kerana mahu mengukuhkan parti di peringkat dalaman.

“Untuk itu saya menawarkan diri kerana Johor masih lagi mempunyai ramai pemimpin sama ada di dewan negeri ataupun di peringkat bahagian.

“Saya juga yakin Johor mampu merubah keadaan berikutan Umno di negeri ini masih mempunyai sokongan besar daripada rakyat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment