Tumpu projek pembangunan infra
TELOK AIR TAWAR - Semua projek pembangunan di Telok Air Tawar ini akan diberikan tumpuan secara mendalam.
Ia termasuk daripada aspek pembangunan infra melibatkan penaiktarafan klinik kesihatan, pejabat pos dan kemudahan lain di sini.
Adun Telok Air Tawar Mustafa Kamal Ahmad berkata soal pembangunan tidak sesekali dipandang enteng sebaliknya akan terus diberi keutamaan.
âSebelum ini pun kita sudah mengusulkan tentang perkara ini, iaitu meliputi klinik kesihatan, pejabat pos dan kemudahan lain seperti bank dan sebagainya, dan ia akan terus menjadi agenda selepas ini.
âKita lihat kawasan Telok Air Tawar ini dari segi pembangunannya agak perlahan berbanding Dun lain dalam Tasek Gelugor ini, terutamanya melibatkan infra seperti yang dinyatakan itu, dan Insya-ALLAH, ia akan dibawa ke peringkat tertinggi selepas ini,â katanya.
Menurutnya, kerajaan sentiasa mengutamakan aspek kebajikan dan soal apa yang dimahukan rakyat. Katanya lebih RM200,000 akan diperuntukkanuntuk pembangunan di kawasan ini.
âProjek pembangunan infrastruktur ini melibatkan pembinaan longkang, parit, pembaikan rumah mereka yang memerlukan dan sebagainya.
âTinjauan juga dijalankan ke kawasan kawasan yang berisiko menghadapi banjir kilat dan kita juga akan segerakan pembinaan longkang di kawasan terlibat,â katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis iftar bersama warga Sekolah Tunas Bakti di sini semalam.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment