Tak sempat bawa lari barang curi

Wednesday, June 27, 2018

Tak sempat bawa lari barang curi

Tak sempat bawa lari barang curi

SUBANG JAYA  - Polis merampas 33 bateri dan lima absober curi di sebuah kedai alat ganti kenderaan di Jalan Utama 1/1 Jalan Utama Perindustrian Puchong Utama awal pagi,tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya,  Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata, pada kejadian jam 3.30 pagi itu dua anggota membuat rondaan di kawasan Perindustrian Puchong Utama sebelum terserempak dengan kenderaan jenis Triton di hadapan kedai berkenaan dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, kedua-dua anggota berkenaan mendekati kenderaan berkenaan untuk membuat pemeriksaan namun suspek lelaki itu bertindak melarikan diri memandu kenderaan tersebut.

“Kenderaan tersebut bagaimananpun terbabas tidak jauh dari kedai tersebut dan suspek berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan awal di kedai berkenaan mendapati pintu hadapan kedai tersebut telah dipecahkan.

“Pemeriksaan dalam kenderaan tersebut menjumpai 24 unit bateri jenama Bosch, sembilan bateri Yokohama UI dan lima unit absober jenama D2,” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment