Piala Dunia VS Aidilfitri Mana Satu Pilihan Anda ?
Kemeriahan syawal mula dirasai apabila ramai yang telah berpusu-pusu membuat persiapan raya. Ada juga sehingga kini masih memilih tema baju raya untuk kelihatan sedondon bersama keluarga.
Tapi sedarkah anda bahawa tahun ini merupakan tahun pertama Piala Dunia FIFA berlangsung pada hari raya. Agak-agak anda mana satu yang akan anda utamakan Piala Dunia ataupun hari raya ?
Jangan risau dengan tips yang kami bakal kongsikan ini akan membuatkan anda sebagai satu pasukan meskipun sedang berlangsung sukan nombor 1 dunia.
Nak tahu bagaimana? Jom beri tumpuan kepada tips nombor tiga yang pastinya membuatkan anda teruja.
1. Menyerikan Kawasan Rumah Dengan Pelita
Meskipun tradisi ini semakin lama semakin hilang, namun jika di setiap kawasan rumah anda di kelilingi dengan pelita mahupun sinaran lampu yang berwarna-warni ini akan membuatkan rumah anda kelihatan menarik dan indah.
Nak lagi menarik sebagai satu pasukan dalam keluarga anda haruslah sama-sama bertungkus-lumus untuk meyerikan suasana malam raya anda dengan membantu satu sama lain untuk menghidupkan pelita.
Ini juga dalam mengeratkan lagi silaturahim anda bersama ahli keluarga dan saudara mara yang pulang ke kampung halaman.
2. Masakan Menu Aidilfitri Bersama-sama
Sebut sahaja Aidilfitri, menu rendang, ketupat dan lemang pastinya menjadi perkara utama untuk keluarga tercinta. Malah rendang juga bagaikan satu tradisi di Aidilfitri.
Yalah mana tidaknya jika tiada menu utama Aidilfitri tiadalah rasalah suasana hari raya yang sebenar. Malam raya pastinya ramai ibu-ibu yang semangat untuk menyediakan rendang mengiikut reseipi masing-masing.
Namun tidak menariklah bila menu kesukaan ramai itu dibuat seorang diri. Apakata raya kali ini anda ajak saudara mara yang pulang ke kampung untuk sama-sama menyediakan menu Aidilfitri.
3. Jadikan Keluarga Anda Satu Pasukan
Tahun ini juga merupakan tahun pertama Aidilfitri disambut seiring dengan Piala Dunia FIFA. Bukan senang nak bahagikan masa anda untuk membuat persiapan raya dan menonton pasukan kegemaran beraksi.
Bola sepak peringkat dunia pasti tiada siapa mahu terlepas untuk menonton. Lebih-lebih lagi bagi peminat sukan bola sepak yang sanggup berjaga sehingga pagi demi menonton pasukan kegemaran mereka berentap.
Kali ini anda tidak perlu pening untuk memilih membuat persiapan raya mahupun menonton Piala Dunia FIFA.
Dengan muat turun aplikasi MyMaxis, Hotlink Flex dan Hotlink Red di akuan Play Store atau App Store sahaja anda dah boleh dapatkan pas perlawanan anda sudah boleh menonton secara langsung 64 perlawanan bola sepak di rangkaian no1 4G.
Nak lagi mudah anda boleh terus ke laman web Maxis untuk tahu lebih banyak mengenai kehebatan Maxis bola raya.
Bukan itu sahaja tau, siap dapat data percuma lagi apabila dah muat turun aplikasi ini. Pastinya raya kali ini keluarga anda lagi meriah daripada tahun-tahun lepas.
Hanya dengan RM 1 sahaja anda sudah boleh bawa satu keluarga anda menonton sukan nombor 1 dunia. Menarik lagi, aplikasi bola raya anda boleh buatkan satu keluarga anda together-gether untuk menyokong pasukan kegemaran anda.
Anda boleh tukarkan baju raya anda dengan AR jersi yang terdapat pada aplikasi ini dan anda juga berpeluang kongsikan gambar tersebut bersama rakan-rakan anda melalui media sosial.
Jadikan satu keluarga anda sebagai satu pasukan yang paling havoc pada Aidilfitri nanti. Maxis juga menawarkan penggunaan data percuma dengan Astro Go Piala Dunia.
Meriahkan malam raya anda sekeluarga dengan kehangatan piala dunia dan suasana hari raya yang bakal di sambut umat Islam tidak lama lagi.
sumber: rotikaya
0 comments:
Post a Comment