Dua ditahan, menyamar pegawai SPRM minta RM1 juta

Wednesday, June 27, 2018

Dua ditahan, menyamar pegawai SPRM minta RM1 juta


Dalam tangkapan yang dilakukan kira-kira pukul 10.15 malam itu, kedua-dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan telah meminta wang suapan sebanyak RM1 juta daripada seorang lelaki yang didakwa mempunyai kes membabitkan SPRM.

Ujarnya, kedua-suspek juga dikatakan turut menggunakan surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi menyakinkan mangsa.

"Mangsa yang percaya, seterusnya bersetuju untuk bertemu kedua-dua suspek bagi membincangkan mengenai kes tersebut.

"Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan rasuah," katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang suspek dan dua telefon bimbit serta beberapa dokumen berkaitan.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

"Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009," ujarnya. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment