Buat aku janji terbuka, elak calon tewas terpinggir

Wednesday, June 27, 2018

Buat aku janji terbuka, elak calon tewas terpinggir

Buat aku janji terbuka, elak calon tewas terpinggir

JOHOR BAHRU - Semua calon yang bertanding pada pemilihan peringkat tertinggi Umno pada 30 Jun nanti diminta membuat aku janji secara terbuka sebagai lambang kesetiaan kepada parti.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, perkara itu penting untuk memastikan mereka yang tewas tidak akan terpinggir.

“Biar apapun natijah atau keputusan yang bakal diterima nanti, hakikatnya kita sedang dalam proses membina kembali semangat dan asas perjuangan parti.

“Ini bermakna, kita mahu setiap orang terus kekal dalam parti,” katanya semasa hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pemuda dan Puteri Umno Johor Bahru di di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Bahru, Mohd Hairi Mad Shah dan Ketua Puteri Umno Bahagian Johor Bahru, Nurul Azwa Saruyani.

Asyraf Wajdi berkata, mereka yang tidak terpilih diharapkan tidak meninggalkan bahtera perjuangan dengan alasan ditolak parti.

“Kalau ada yang bertindak sedemikian, mereka hanyalah golongan penderhaka kepada perjuangan parti

“Ini kerana kita masih mempunyai tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap semua ahli dapat menerima keputusan yang dibuat pada Sabtu ini.

“Siapa yang dipilih perwakilan menjadi presiden, maka dialah presiden kita. Saya percaya perwakilan cukup matang

“Saya tidak mahu ada kumpulan dalam parti atau kelompok dalam jemaah kerana perkara ini akan melemahkan kita,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment