Amah rembat RM119,000 dipenjara setahun

Friday, June 1, 2018

Amah rembat RM119,000 dipenjara setahun

Amah rembat RM119,000 dipenjara setahun

SINGAPURA - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara setahun kerana mencuri lebih S$40,000 (RM119,000) daripada majikannya yang juga seorang warga emas.

Eka Nur Indah, 26, membuat pengeluaran menggunakan kad ATM setiap kali majikannya tidur.

Wang dicurinya dibelanjakan untuk rawatan kecantikan, selain membeli telefon bimbit dan barang kemas.

Eka mengaku salah terhadap 18 tuduhan mencuri membabitkan S$18,000 (RM54,000) manakala 53 lagi tuduhan terhadapnya yang berkaitan kecurian diambil kira dalam menjatuhkan hukuman itu.

"Dia tahu mangsa menyimpan kad ATM di dalam beg di sisi katilnya dan nombor pin ditemui dalam sebuah buku nota," kata Timbalan Pendakwa Raya, Marshall Lim

Dia mengambil kad berkenaan buat pertama kali pada 9 Jun tahun lalu dan mengeluarkan S$1,900 (RM5,700) sebelum memulangkan kad berkenaan.

Perbuatannya terbongkar selepas anak majikannya membuat pemindahan wang menggunakan akaun ibunya dan mendapati pengeluaran secara kerap. - Agensi



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment