Teruskan kepimpinan sedia ada
JOHOR BAHRU - Semua warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) diajak untuk memasang tekad untuk bersama membangunkan Dekad Baharu Johor pada masa akan datang.
Exco Perpaduan dan Sumber Manusia negeri, R Vidyananthan berkata, kecemerlangan yang diraih negeri pada hari ini, boleh terus digemilangkan dengan meneruskan pimpinan sedia ada.
âKita tidak mahu ia hanya berhenti di sini, dan yang paling kita risaukan ialah Johor menjadi haru biru jika pemimpinnya hanya mementingkan hal politik mereka tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
âKita tidak mahu tersalah pilih. Kita tidak mahu memperjudikan masa depan kita dan yang paling penting ialah kita tidak mahu anak-anak generasi akan datang tidak dapat mengecapi kemakmuran yang kita ada sekarang,â katanya ketika berucap pada Seminar Pemerkasaan Rukun Tetangga Peringkat Johor 2018 di sini, semalam.
Vidyananthan berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin amat menitik beratkan perpaduan, keselamatan dan kesejahteraan dalam pentadbirannya.
âSemangat Muafakat Johor yang dilaungkan menteri besar menjadi sebati dalam diri kita dan apa yang sangat membanggakan ialah rakyat negeri lain malah negara luar amat kagum dengan semangat muafakat yang Johor ada.
âMuafakat Johor inilah sebenarnya menjadi asas utuh dan faktor utama kejayaan Johor pada hari ini, Johor nombor satu dalam banyak aspek. Team Johor membawa pencapaian negeri ini ke tahap yang sangat cemerlang,â katanya.
Mengulas mengenai seminar itu, beliau berkata, penganjuran seminar tersebut tepat pada masa dalam usaha memastikan hala tuju dan tanggungjawab Rukun Tetangga selari dengan aspirasi kerajaan negeri iaitu meningkatkan kesejahteraan rakyat.
âDalam konteks ini, Rukun Tetangga mestilah sentiasa peka kepada isu, cabaran dan perubahan yang sentiasa berlaku di sekeliling kita dan seterusnya bertindak menangani dan menguruskan cabaran serta perubahan agar kekal relevan sepanjang masa,â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment