PRS tampil calon wanita di Selangau

Saturday, April 21, 2018

PRS tampil calon wanita di Selangau

PRS tampil calon wanita di Selangau

SELANGAU: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menampilkan calon wanita yang pertama, Rita Sarimah Insol, bertanding kerusi Parlimen Selangau dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu diumumkan Naib Presiden PRS, Datuk John Sikie Tayai, ketika merasmikan Majlis Penutupan Karnival Transformasi Belia dan Sukan 2018, di sini malam ini.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan desas-desus penyandang kerusi itu, Datuk Joseph Entulu Belaun, yang juga Timbalan Presiden PRS tidak akan dicalonkan semula.

"Saya bersama Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing menyerahkan senarai nama calon kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Bagi setiap kerusi diperuntukkan, kami hanya menghantar satu nama dan untuk Parlimen Selangau, kami menghantar nama Rita Sarimah Insol.

"Ini satu sejarah kerana pertama kali seorang wanita Dayak akan diangkat sebagai calon Parlimen," katanya yang mewakili Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada majlis berkenaan.

Sikie berharap penduduk di Selangau agar menghentikan segala spekulasi mengenai siapa calon di Parlimen Selangau.

"Hentikan perpecahan, tiada untungnya jika kita tidak bersefahaman," katanya.

Rita Sarimah Insol, 56, pernah menjawat jawatan majistret selama lima tahun, sebelum menyertai Bintulu Port Holdings Berhad selama 20 tahun.

Jawatan terakhirnya sebelum bersara awal adalah ketua penasihat perundangan di syarikat berkenaan.

Kerusi Selangau dikatakan salah satu kerusi majoriti Dayak di negeri ini yang bakal menjadi kerusi panas.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment