OPCW 'berjaya' memasuki Douma

Saturday, April 21, 2018

OPCW 'berjaya' memasuki Douma

OPCW 'berjaya' memasuki Douma

DAMSYIK - SYRIA. Pakar senjata kimia antarabangsa, hari ini akhirnya berjaya memasuki lokasi serangan senjata kimia berhampiran Damsyik yang telah mencetuskan krisis antarabangsa.

Pasukan daripada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) tiba di bandar Douma dan mengambil sampel serta bukti lain.

Jurucakap pertubuhan itu memaklumkan mereka telah melawat salah satu daripada dua lokasi serangan tersebut.

Jelasnya, sampel tersebut akan dihantar ke Makmal OPCW di Rijswijk di Netherlands yang kemudiannya bakal dianalisis makmal ditentukan oleh mereka.

"Maklumat lain dan 'bahan' juga dikumpulkan oleh pemeriksa kami," ujarnya.   

Minggu lalu, Amerika Syarikat, Britain dan Perancis bertindak membedil beberapa kawasan dikuasai kerajaan sebagai respons ke atas serangan yang telah meragut lebih 40 nyawa pada 7 April lalu.

Syria dan Rusia yang kini menguasai Douma bagaimanapun menafikan senjata kimia telah digunakan di bandar tersebut. - BBC



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment