Pemain Man City kuasai Pasukan Terbaik Tahunan PFA
LONDON: Pemain perancang, Kevin De Bruyne dan rakan sepasukannya di Manchester City menguasai hampir separuh senarai pemain dalam pasukan terbaik tahunan pilihan Persatuan Bolasepak Profesional.
Tonggak pertahanan kanan Kyle Walker, pertahanan tengah Nicolas Otamendi, pemain tengah David Silva dan penyerang Sergio Aguero turut berada dalam senarai kesebelasan utama pasukan terbaik itu.
Tottenham satu-satunya pasukan selain Manchester City yang mempunyai lebih seorang wakil iaitu pemain pertahanan Jan Vertonghen, pemain tengah Christian Eriksen dan penyerang Harry Kane.
Penjaga gol David de Gea pula pemain tunggal dari Manchester United yang dipilih untuk bersama pasukan terbaik itu manakala pemain pertahanan kiri Marcos Alonso dari Chelsea turut mendapat tempat.
Seperti dijangka, penyerang sensasi Liverpool dari Mesir, Mohamed Salah turut mendapat pilihan selepas kehebatannya meledak 30 gol dalam saingan liga musim ini.
Enam pemain dicalonkan untuk merebut anugerah pemain terbaik PFA iaitu De Bruyne, Silva, De Gea, Kane, Salah dan pemain sayap Manchester City, Leroy Sane.
Majlis Anugerah PFA akan berlangsung di London Ahad ini. Ahli PFA terdiri daripada 92 kelab Liga Perdana dan kelab Liga Bolasepak diberikan hak untuk memilih pemenang. - AFP
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment