Dua lelaki ditahan miliki dadah RM10,000

Wednesday, April 18, 2018

Dua lelaki ditahan miliki dadah RM10,000

Dua lelaki ditahan miliki dadah RM10,000

MELAKA - "Dua lelaki ditahan dalam dua tangkapan berasingan di Tehel dan Merlimau kerana memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM10,000," kata Ketua Polis Daerah Jasin DSP Arshad Abu.

Beliau berkata, tangakapan pertama melibatkan seorang penjual buah berusia 28 tahun kerana memiliki empat paket dadah dipercayai syabu seberat 60 gram dan pil ekstasi dalam serbuan di Kampung Tehel Bemban di sini, tiga hari lepas kira-kira jam 12.50 tengah malam.

"Siasatan awal mendapati lelaki tersebut mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan  dadah dan jenayah. Ujian saringan urin yang dilakukan ke atasnya juga positif methamphetamine," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam tangkapan berasingan pada hari sama kira-kira jam 1 pagi itu, seorang lagi lelaki yang tidak bekerja berusia 28 tahun ditahan di Taman Dato Abdul Aziz di Merlimau dan merampas 140 gram dadah dipercayai heroin dan pil eramin 5.

Katanya siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan jenayah selain positif methamphetamine.

Arshad berkata kedua-dua tangkapan itu dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di kawasan berkenaan kerana dadah yang dirampas dipercayai untuk bekalan kawasan terlibat. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment