Minggu lalu, hangat diperkatakan apabila sebuah syarikat peniagaan menggunakan nama Neelofa di iklan billboard seolah-olah mengaibkan pelakon tersebut.

Iklan billboard di lebuhraya yang dimiliki JenamaSendiri.com, dilihat mengambil kesempatan dari isu kontroversi Neelofa untuk mempromosikan jenamanya.


BACA: Isu Zouk Lagi, Neelofa Diperli Di Papan Billboard


Terbaru, Neelofa memberitahu bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut.



“Saya tidak akan beri mereka peluang dan saya tidak akan diamkan saja perkara itu,” ujarnya kepada New Straits Times.

Papan iklan tersebut di pasang di tepi Lebuhraya Persekutuan KL-Selangor dan dengan jelas menggunakan nama Lofa iaitu nama panggilan Neelofa.

Ada segelintir netizen berharap tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat tersebut kerana mereka bukan saja memburukkan nama Neelofa, malah kelab malam Zouk juga boleh menfailkan saman kerana merosakkan reputasi premis hiburan tersebut.