Mayat pelajar Malaysia dibawa pulang esok

Saturday, April 21, 2018

Mayat pelajar Malaysia dibawa pulang esok

Mayat pelajar Malaysia dibawa pulang esok

JAKARTA: Mayat pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bali, semalam, akan dibawa pulang ke Malaysia esok.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, berkata keluarga mangsa yang tiba jam 7.30 malam tadi sedang menguruskan perkara itu bersama pihak kedutaan.

"Bapa mangsa, V Veeraya dan bapa saudara mangsa, V Kevindran kini berada di Bali bagi urusan membawa pulang mayat V Tharsine menerusi penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 4.20 petang esok.

"Rakan mangsa, S Shivalamar, 24 yang cedera parah masih dirawat di hospital di Bali. Dia dilaporkan masih koma," kata jurucakap itu.

Dalam kejadian jam 6.45 petang semalam, Tharshine, 24, pelajar Universitas Udayana, Bali, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi rakan mangsa yang datang bercuti, cedera selepas motosikal dinaiki mereka merempuh belakang trak yang diletakkan di tepi jalan di Karangasem.

Shivalamar yang membonceng motosikal ditunggang Tharshine, cedera parah di kepala dan badan, manakala seorang lagi rakannya, Rehan Chandra Sekaran, 25 yang menunggang motosikal lain, cedera ringan.

Jurucakap itu berkata mayat mendiang dijangka dibawa pulang ke kediaman mereka di Taman Sri Muda, Shah Alam. - BERNAMA



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment