Kluang Car Free Day tak jejas ekonomi peniaga
KLUANG - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyangkal dakwaan penganjuran Kluang Car Free Day menjejaskan peniaga di kawasan terlibat.
Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, program yang Majlis Perbandaran Kluang (MPK) itu dilihat program yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat.
Katanya, selain itu, penganjuran juga sejajar pengiktirafan bandar Kluang sebagai bandar sihat dan selamat.
âPenutupan jalan bukan dari jam 7 pagi hingga 7 malam, tetapi bermula jam 7 pagi hingga 9 pagi.
âApa yang kita buat tidak ganggu perniagaan peniaga, tetapi kita beri manfaat kepada rakyat setempat untuk melaksanakan aktiviti riadah di samping menikmati pemandangan di bandar Kluang.
âMalah, masyarakat dapat melihat perubahan berlaku di bandar selain mengutarakan pelbagai permasalahan kepada pihak berkuasa tempatan sekiranya ada masalah berbangkit.
âJika rasa tidak puas hati dengan pembangunan di Kluang, boleh utara terus kepada MPK dan perbetul mana perlu.
âProgram ini bukan menyusahkan rakyat malah kerajaan tidak akan anjurkan program yang menyusahkan, tetapi lebih kepada memberi manfaat kepada rakyat,â katanya, semalam.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment