Lelaki maut, motosikal bertembung lori

Sunday, April 22, 2018

Lelaki maut, motosikal bertembung lori

Lelaki maut, motosikal bertembung lori

KOTA BHARU - Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemandu lori cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Salor, petang tadi.

Kejadian berlaku jam 2.30 petang menyebabkan mangsa, Mohd Nor Azuan Abdullah Aziz, 29, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan patah kaki kanan.

Pemandu lori, Mohd Ridhuan Hashim, 39, pula cedera di kepala, manakala pemandu kereta jenis Mazda yang turut terbabit dalam kemalangan itu tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dari arah Pasir Mas menghala Kota Bharu tiba sebelum lampu isyarat Pendek bertembung dengan lori membawa muatan gas memasak dari arah bertentangan.

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan lori jenis Isuzu berkenaan terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung pula dengan kereta Mazda.

“Kemalangan menyebabkan penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, sementara tong gas bertaburan di atas jalan raya.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat, manakala pemandu lori yang cedera dirawat di HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II),” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment