JPJ masih menguji sistem VEP

Sunday, April 22, 2018

JPJ masih menguji sistem VEP

JPJ masih menguji sistem VEP

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenyataan tular mengenai pelaksanaan mewajibkan semua kenderaan asing yang memasuki negara ini perlu mendaftar secara online untuk mendapatkan Permit Masuk Kenderaan (VEP) berkuatkuasa 1 Mei ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik jabatan itu, JPJ memaklumkan VEP masih di peringkat ujian dan pengesahan sistem bagi memastikan kestabilan serta kesempurnaan sistem sebelum penguatkuasaan dilaksanakan sepenuhnya.

"Pada masa ini, tiada sekatan terhadap kenderaan dari luar negara atau Singapura yang masuk tanpa pendaftaran permit masuk atau VEP.

"Orang ramai diminta tidak terpengaruh dan percaya sebarang dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung perkara itu," katanya.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan penguatkuasaan sistem VEP akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui laman sesawang https://vep.jpj.gov.my/#/about untuk maklumat lanjut.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment