Habis dijual dalam tempoh 1 jam!

Monday, April 2, 2018

Habis dijual dalam tempoh 1 jam!

Habis dijual dalam tempoh 1 jam!

FASA pertama Serenia City habis dijual dalam tempoh sejam sebaik pelancarannya dibuka pada 31 Mac lalu.

Kediaman dua tingkat berangkai di Serenia City, Ara Damansara, ini adalah produk terkini di perbandaran terbaharu Sime Darby Property Berhad.

Pembangunan produk kediaman yang sama di Nilai Impian baru-baru ini juga, turut menerima permintaan tinggi dengan kadar ambilan hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan unit ditawarkan.

Ketua Pegawai Operasi (Perbandaran) Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri berkata, keadaan ini adalah indikasi bahawa produk yang betul apabila ditawarkan di lokasi strategik akan menerima reaksi baik dalam pasaran.

"Ia juga menunjukkan bahawa terdapat permintaan tinggi bagi pembangunan kediaman berharga berpatutan di Serenia City dan Nilai Impian iaitu perbandaran menawarkan kemudahan sedia ada dan dirancang, serta ketersambungan yang terbaik,” katanya.

Beliau memberitahu, Serenia Amani, pembangunan kediaman pertama di Serenia City, adalah pembangunan pegangan bebas meliputi 25.14 ekar (10.056 hektar) terdiri daripada 302 unit rumah dua tingkat berangkai 20’x70’ dengan keluasan terbina daripada 1,830-2,055 kaki persegi.

"Sime Darby Property menawarkan fasa pertama sejumlah 126 unit dengan harga bermula dari RM536,888," katanya.

Serenia City terletak secara strategik di koridor pertumbuhan selatan Kuala Lumpur dan KLIA Aeropolis, sebuah hab digital perdana bagi Taman Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di dunia.

Serenia City seluas 1,775 ekar (0.71 hektar) itu juga terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Persimpangan keluar masuk Bandar Serenia, disasarkan penyiapannya pada Oktober 2018, menghubungkan perbandaran itu secara terus ke Lebuhraya ELITE, meningkatkan lagi keterhubungan ke Serenia City selain penyambungan sedia ada melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya MEX.

Perbandaran ini juga terletak berhampiran stesen ERL Salak Tinggi.

Menyentuh mengenai pembangunan kediaman terbaharu di perbandaran Nilai Impian, Orkid, Wan Hashimi berkata, ia mencapai kadar ambilan yang tinggi sebanyak 76 peratus pada hari pelancaran rasmi pada 24 Mac 2017.

"Orkid adalah pembangunan pegangan bebas seluas 10.07 ekar (4.028 hektar) terdiri daripada 132 unit kediaman dua tingkat berangkai 20‘x65’ dan 22‘x65’, menempatkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.

"Menawarkan pemilikan mudah, harga adalah berpatutan dan bermula dari RM488,888," katanya.

Nilai Impian bakal menjadi pintu masuk ke Malaysia Vision Valley (MVV), iaitu sebahagian daripada pelan pertumbuhan jangka panjang Sime Darby Property.

Pembangunan MVV dijangka berlangsung lebih 30 tahun akan menjadi lanjutan kawasan Greater Kuala Lumpur. Infrastruktur utama untuk MVV adalah projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpurâ€"Singapura, dengan salah satu stesen akan ditempatkan di Labu, Seremban.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment