100 permohonan SMO diluluskan di Johor
JOHOR BAHRU â" Jabatan Imigresen menerima sebanyak 700 permohonan penggajian pembantu rumah asing menerusi Sistem Maid Online (SMO) di negeri ini, sejak sistem tersebut diperkenalkan awal tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, daripada jumlah berkenaan, kira-kira 100 permohonan telah diluluskan selepas menepati syarat ditetapkan.
Menurutnya, angka tersebut menunjukkan kejayaan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja.
âMereka (majikan) hanya perlu membayar kos pengurusan yang dikenakan Imigresen iaitu kira-kira RM1,700.
âMereka mengambil pekerja tersebut tanpa melalui mana-mana ejen di negara kita atau luar negara. Ini bermakna majikan yang benar-benar memerlukan maid (pembantu rumah), dia tahu bagaimana mencarinya.
âUsaha ini dilaksanakan pihak kerajaan untuk mengurangkan kos pengambilan maid ini mengetepikan peranan ejen yang dahulunya ini mengenakan bayaran tinggi sehingga RM18,000 telah dapat dielakkan,â katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Pegawai, Kakitangan dan Keluarga Jabatan Imigresen Johor, di Kuaters Imigresen Taman Kenanga, di sini, hari ini.
Hadir sama; Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Datuk Rohaizi Bahari.
Nur Jazlan berkata, kelulusan permohonan hanya mengambil masa kira-kira seminggu sahaja jika majikan melengkapkan permohonan masing-masing.
âAntara syarat yang perlu dipenuhi termasuklah umur dan kemudiannya sudah mendapat kelulusan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema),â katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment