Universiti Indonesia tarik balik larangan purdah
YOGYAKARTA - INDONESIA. Sebuah universiti di Indonesia yang melarang pemakaian purdah yang mendapat liputan meluas media telah menarik balik polisi itu selepas ia dikritik kerana didakwa menyekat pilihan peribadi individu.
Minggu lalu, Universiti Islam Sunan Kalijaga mengeluarkan larangan tersebut kepada lebih 30 pelajar yang memakai niqab dan turut memberi amaran mereka bakal disingkirkan dari kampus tersebut jika gagal mematuhi peraturan itu.
"Larangan pemakaian purdah tersebut akan dibatalkan bagi mengekalkan iklim akademik yang kondusif untuk keadilan sosial," kata pihak universiti itu dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, ia menegaskan tujuan peraturan tersebut dikuatkuasakan adalah untuk membendung ekstremisme di negara tersebut.
Difahamkan, beberapa institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti Ahmad Dahlan turut mengenakan larangan sama. - AFP
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment