Umno KT buat laporan polis desak portal mohon maaf

Wednesday, March 28, 2018

Umno KT buat laporan polis desak portal mohon maaf

Umno KT buat laporan polis desak portal mohon maaf

KUALA TERENGGANU â€" Umno Bahagian Kuala Terengganu mendesak sebuah portal memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam kerana mengeluarkan berita fitnah terhadap Pegawai Penyelaras Dun Ladang, Datuk Mohd Sabri Alwi.

Setiausahanya, Razak Ali berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pemilik portal dan penulis berita berkenaan gagal berbuat demikian dalam tempoh masa ditetapkan.

“Kami desak admin dan penulis membuktikan frasa yang terdapat dalam rencana tersebut yang berbunyi “dilaporkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris’. Jadi kami minta tunjukkan laporan akhbar itu.

“Jika gagal kemukakan bukti, kita minta pemilik portal dan penulis memohon maaf secara terbuka. Kami beri masa 24 jam atau kami ambil tindakan undang-undang,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, hari ini.

Laporan polis dibuat Razak bersama wakil Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kuala Terengganu kira-kira jam 11 pagi tadi.

Seramai 500 ahli jawatankuasa Umno Bahagian bersama barisan sayap parti turut hadir menyatakan sokongan kepada Mohd Sabri.

Menurut Razak, laporan itu dibuat sebagai sokongan terhadap Mohd Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu kerana difitnah portal melalui berita bertajuk Mat Kerak Akan Hukum Mereka Yang Tidak Mengundi BN.

“Kami tegaskan bahawa rencana ini fitnah semata-mata kerana Datuk Mohd Sabri tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Kenyataan sebenar Datuk sengaja diputar belit untuk menjatuhkan reputasi beliau dan merosakkan personaliti beliau.

“Apa yang dimaksudkan Datuk merujuk kepada jentera dan ahli parti yang mensabotaj calon parti sendiri, bukan sebagaimana dilaporkan portal ini. Oleh itu kami harap pihak polis menyiasat laporan portal ini kerana memfitnah ketua kami,” katanya.

Beliau berkata, berita palsu yang sengaja direka bagi menghasut rakyat khususnya pengundi di Parlimen Kuala Terengganu untuk membenci Mohd Sabri itu telah tular di media sosial sejak semalam.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment