Ijok: Jangan takut tuntut hak - Peguam

Wednesday, March 28, 2018

Ijok: Jangan takut tuntut hak - Peguam

Ijok: Jangan takut tuntut hak - Peguam

KUALA SELANGOR: Peneroka tanah di Ijok dinasihatkan supaya menuntut hak masing-masing untuk mendapatkan faedah lewat menyerahkan rumah yang dijanjikan oleh pihak pemaju.

Peguam Datuk Kamarudin Ahmad yang mengendalikan kes tuntutan saman peneroka untuk mendapatkan faedah itu berkata tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan untuk peneroka menuntut hak mereka itu.

"Saya sudah jelaskan kepada pihak peneroka tidak ada apa yang perlu takutkan kerana sebelum ini ada kebimbangan hak mereka terhadap rumah berkenaan akan terjejas.

"Kami minta agar semua peneroka tidak percaya dengan dakwaan berkenaan kerana mereka sudah diberikan sijil pemilikan rumah oleh kerajaan negeri dan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan hak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika majlis penjelasan peguam terhadap tuntutan mahkamah berkenaan tanah di Ijok di sini, hari ini.

"Dalam kes penyelesaian penstrukturan tanah peneroka antara kerajaan negeri dan pemaju perumahan sudah tercatat caj 10 peratus.

"Caj itu akan dikenakan kepada pemaju bagi setiap tahun mereka gagal menyiapkan rumah daripada tarikh sepatutnya dan kami anggarkan setiap peneroka akan memperoleh bayaran lewat yang berjumlah RM230,000," katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata lebih banyak peneroka tanah Ijok akan memfailkan tuntutan saman kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Kerajaan Selangor membabitkan faedah lewat menyerahkan rumah.

Ia berikutan terdapat unsur keraguan serta kecuaian apabila peneroka mendakwa tidak dibayar ganti rugi seperti mana yang dijanjikan dalam perjanjian terdahulu.

Kamarudin berkata peneroka sepatutnya berhak mendapat bayaran ganti rugi atas kegagalan pemaju menyiapkan rumah kira-kira 12 tahun yang lalu.

"Setakat ini seramai 250 orang peneroka sudah memfailkan saman itu dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat ke 500 orang apabila kami mengadakan sesi penerangan berhubung isu tanah di Ijok.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment