Ternak ayam kampung dalam skala besar
TELUK INTAN - Permintaan ayam kampung terus mendapat sambutan menggalakkan hingga menjadi punca pendapatan tetap atau sampingan penduduk kampung.
Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, penternakan ayam kampung yang diusahakan sejak dahulu lagi kini diteruskan oleh generasi hari ini dan ia adalah satu petanda baik terutama sekali dalam konteks penglibatan golongan muda.
âSaya melihat usaha ini boleh diteruskan serta dipertingkatkan lagi tetapi dengan skala yang lebih besar kerana permintaan ayam kampung sentiasa ada sama ada oleh individu atau pembekal.
âIni sekali gus dapat membantu penduduk kampung menambah pendapatan mereka dan meningkatkan ekonomi keluarga,â katanya selepas Program Touch Point Gelombang Ternak MTEN 2018 Parlimen Teluk Intan, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, pihaknya juga sedang berusaha dalam mewujudkan hab pertanian di Dun Changkat Jong dan ia termasuklah penternakan lembu, kambing, kerbau, ayam serta ikan.
âKita mahu melahirkan lebih ramai tenaga penternak, usahawan tani serta nelayan yang boleh menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan secara serius dan mendapat bimbingan.
âSemua ini adalah untuk membantu penduduk di Changkat Jong menambah pendapatan mereka dan meningkatkan ekonomi di Changkat Jong,â katanya.
Mohd Azhar turut menyampaikan anak ayam kampung kepada penduduk yang hadir pada program berkenaan untuk dibela hingga dewasa dan dijual sebagai pendapatan.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment