Lori sawit rempuh 18 kenderaan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 buah kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kenderaan sebuah kilang pemprosesan minyak rosak selepas dirempuh sebuah lori treler di Jalan Nilam 3, Nilai Utama, Nilai, Negeri Sembilan, tengah hari tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, pemandu lori berusia 31 tahun, yang menghantar serbuk sawit dari Lumut, Perak ke kilang itu, meletakkan kenderaannya di tepi jalan berdekatan kilang berkenaan sebelum pergi ke kantin untuk makan.
Pada masa sama, lorinya dipercayai tergelongsor dan bergerak sendiri menghala ke arah kawasan letak kenderaan kilang sebelum merempuh semua kenderaan yang ada di situ namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Akibat rempuhan itu, 15 motosikal dan tiga buah kereta mengalami kerosakan teruk termasuk terseret dan berlanggar satu sama lain serta turut menyebabkan sebuah kereta hampir terbalik.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Daerah Nilai.
Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 LN 166/59 atas kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment