Suspek jerut, bunuh berjaya diberkas

Monday, March 12, 2018

Suspek jerut, bunuh berjaya diberkas

Suspek jerut, bunuh berjaya diberkas

BALING - Suspek kes bunuh seorang wanita warga emas di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar pada 25 Februari lalu berjaya ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, suspek yang ada 17 rekod jenayah ditahan di Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu kerana kes pecah rumah.

Menurutnya, hasil siasatan awal, suspek didapati ada kaitan dengan kes pecah rumah dan kematian di Taman Malaysia dan mengaku melakukan jenayah itu.

“Setakat ini seorang lelaki berusia 44 tahun berjaya ditahan. Motif pembunuhan disebabkan kes pecah rumah.

“Suspek masuk untuk mencuri, namun kerana mangsa di dalam rumah, dia bertindak ganas hingga menyebabkan kematian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 25 Februari lalu, mayat Kau Fu Eng, 71, ditemui anak perempuannya pada jam 5.45 petang dengan kesan jerutan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment