Sistem mampatan udara di LRA SSP3 pecah

Tuesday, March 6, 2018

Sistem mampatan udara di LRA SSP3 pecah

Sistem mampatan udara di LRA SSP3 pecah

KUALA LUMPUR: Beberapa kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) cedera apabila sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air SSP3, Ijok, Selangor, pecah.

SYABAS, dalam satu kenyataan. memaklumkan insiden itu berlaku semasa persediaan untuk mengaktifkan semula pengoperasian loji selepas kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 5.00 petang tadi.

Semasa kejadian, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama pegawai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berada di lokasi.

"Kejadian ini telah menyebabkan kecederaan serius kepada kakitangan yang bertugas di tapak dan pihak SPLASH telah memaklumkan kepada pihak SPAN dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

"Susulan daripada insiden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan bekalan akan tersasar daripada jadual asal seperti yang dimaklumkan pada notis hebahan media sebelum ini," menurut kenyataan itu.

Menurut SYABAS, ia akan memaklumkan status pemulihan yang baru dan akan bekerjasama dengan SPLASH bagi membantu kerja-kerja pembaikan.

Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan yang terjejas dan Pusat Khidmat Setempat SYABAS akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan pulih.

"Kerjasama dan keprihatinan pengguna berhubung insiden yang tidak dijangkakan ini dan lanjutan masa pemulihan amatlah dihargai.

"Pihak kami mengambil segala tindakan perlu bagi mengurangkan impak gangguan dan kesulitan kepada yang terjejas," menurut kenyataan itu.



sumber: bharian

0 comments:

Post a Comment