Rasuah: Dua pegawai Rapid Pengerang direman empat hari

Tuesday, March 6, 2018

Rasuah: Dua pegawai Rapid Pengerang direman empat hari

Rasuah: Dua pegawai Rapid Pengerang direman empat hari

JOHOR BAHRU รข€" Seorang pegawai keselamatan dan pengurus bahagian kesihatan, keselamatan dan persekitaran di Rapid Pengerang direman empat hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah berjumlah RM25,000 pada tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret, di sini, semalam selepas Majistret, Azureen Shahirah Sauffee Affandi membenarkan kedua-dua lelaki sehingga 9 Mac ini  sebaik permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua suspek berusia 44 dan 49 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana rasuah yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000  mengikut mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Rapid Pengerang, Kota Tinggi dekat sini kira-kira jam 3 petang, semalam selepas disyaki menerima rasuah daripada pemilik sebuah restoran.

Perbuatan itu dipercayai sebagai dorongan untuk mendapatkan peluang perniagaan bagi membuka kantin dan meluluskan kerja paip gas di salah sebuah kafe di dalam Rapid Pengerang.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment