MBJB fokus agenda bantu Melayu, selesai isu setinggan
JOHOR BAHRU - Usaha untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat, khasnya orang Melayu dalam kehidupan di bandar raya ini, sememangnya menjadi agenda utama.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Amran A Rahman berkata, mengambil contoh
isu setinggan di bandar raya ini, kerajaan negeri bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) memberikan fokus bagi menyelesaikan perkara itu.
âItu sebab kita lihat bahawa isu setinggan khasnya, kerajaan negeri bersama dengan PBT fokus untuk menyelesaikan isu-isu setinggan dengan membina banyak penempatan baru untuk mereka.
âContoh kalau kita lalu di EDL, di kiri kanan itu banyak penempatan-penempatan seperti rumah PPR dan rumah pangsa yang menempatkan setinggan dengan lebih tersusun, kemas,â katanya.
Amran berkata, langkah itu bagi memastikan kependudukan masyarakat di bandar setara dengan arus pembangunan bandar.
Katanya, oleh itu, mereka yang dipindahkan ditempatkan di satu kawasan yang lebih selesa, tersusun, teratur dan lebih terbela.
âKalau dulu mereka duduk setinggan macam-macam (permasalahan seperti) infrastruktur tak tersusun, isu kesihatan, isu kebersihan.
âSekarang bila mereka dipindahkan nampak satu transformasi berlaku di pusat bandar Johor Bahru,â katanya.
Beliau berkata, banyak perubahan juga berlaku di bandar raya ini termasuklah dari segi ekonomi dan pembangunan.
âKita boleh lihat Ibrahim International Business District telah pun diwujudkan untuk merancakkan lagi satu pusat pembangunan baru di tengah tengah bandar.
âDan begitu juga kita akan susun semula pembangunan di kawasan sekitarnya termasuklah di pusat bandar itu yang kita lancarkan zon bersih di Legaran Segget,â katanya.
#prusinar
#aparakyatmahu
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment