Selangor, Pulau Pinang naik cukai untuk isi dana politik
KUALA LUMPUR: Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata kenaikan mendadak cukai rumah dan hartanah di Selangor serta Pulau Pinang sejak 2008 adalah bagi menampung perbelanjaan politik PKR dan DAP negeri berkenaan.
Katanya, mengikut data kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terdapat peningkatan kes rasuah di Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakangan, seiring dengan peningkatan mendadak kutipan hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan negeri.
"Akibatnya, rakyat ditekan untuk bayar cukai tinggi dan harga rumah pula melambung di Selangor serta Pulau Pinang akibat kutipan cukai yang tinggi di negeri terbabit.
"Apabila kerajaan negeri berkenaan naikkan cukai rumah dan hartanah secara mendadak, mereka turut naikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga gaji Menteri Besar Selangor kini lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri," katanya.
Tambah Isham, beliau juga musykil bagaimana Menteri Besar Selangor boleh naikkan gajinya sendiri terlebih dahulu ketika kes rasuah meningkat dan pelbagai masalah asas membayangi kerajaan negeri seperti isu air, sampah dan perumahan mampu milik yang masih gagal diselesaikan.
"Elaun penjawat awam di Selangor mungkin boleh dinaikkan, namun gaji Menteri Besar perlu diturunkan ke tahap yang lebih munasabah, kita mahu (pemimpin) berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kayakan diri sendiri.
"Saya rasa gaji Menteri Besar Selangor perlu diturunkan, sekurang-kurangnya sehingga masalah asas rakyat ini diselesaikan," katanya dalam satu temu bual di sini, hari ini.
sumber: bharian
0 comments:
Post a Comment