Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menyambut baik permohonan maaf yang dibuat usawahan, Neelofa serta memuji sikapnya yang merendah diri dan mengakui kesilapannya.

BACA: Neelofa Akhirnya Mohon Maaf Kepada Semua


“Alhamdulillah, saya melihat kenyataan akhbar ini suatu tindakan terpuji yang dibuat oleh Naelofar Hijab apabila membuat permohonan maaf terhadap kesilapan telah mereka lakukan”

“Perkara ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud setiap anak Adam tidak terlepas daripada kesalahan, namun sebaik pesalah adalah mereka yang bertaubat. Dalam dunia perniagaan aspek keberkatan perlu diutamakn selain daripada keuntungan semata-mata.

“Justeru, pelancaran tudung baru-baru ini hendaklah tidak disertai elemen yang secara kuat boleh mengundang fitnah. Namun sewajarnya ia disulami dengan elemen tarbiyyah kepada masyarakat agar bertudung mengikut syariat bukan hanya fesyen,” jelasnya kepada Harian Metro.



Selain itu, Zulkifli turut mencadangkan ahli perniagaan tudung melantik Penasihat Syariah agar tudung yang yang dikeluarkan bukan sahaja mengikut trend semasa tetapi paling penting mengikut prinsip syarak. (rtky/w)