Bikin kecoh dalam pesawat

Thursday, March 1, 2018

Bikin kecoh dalam pesawat

Bikin kecoh dalam pesawat

SEORANG penumpang menimbulkan kekecohan dalam pesawat apabila dia menggangu penumpang wanita, menumbuk penumpang lelaki serta cuba menyerang seorang kanak-kanak.

Penerbangan Siberian Airlines dari  St Petersburg ke Novosibirsk itu terganggu apabila lelaki berusia 47 tahun tersebut membuka baju dan mundar mandir dalam pesawat sambil menghamburkan kata-kata kesat kepada penumpang.

Lelaki itu turut dilaporkan menghentak tingkap pesawat.

Kru kabin bertindak mengikat lelaki tersebut setelah dia bergaduh dan menyerang penumpang lain serta cuba mencederakan seorang kanak-kanak.

Seorang saksi berkata tidak mungkin lelaki itu mabuk kerana tiada minuman beralkohol disediakan kepada penumpang kelas tiga penerbangan tersebut.

'Pengacau' itu kemudian diiringi pihak berkuasa dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan sebaik pesawat mendarat.- Dailymail

Artikel berkaitan yang patut anda baca :


sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment